Thursday, December 17, 2009

Doa

Hari ini makcikku, adik ayahku sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkn di kalangan org yg beruntung. Ameen.

Hari ini juga bermula 1 Muharram. Oleh kerana semua masih gather di rumah makcikku, kami membaca doa akhir & awal tahun berjemaah. Dek kerana Mustafa yg duduk di ribaanku, khusyuk memakan biskut 3 keping keseluruhannya dgn gaya yg sgt melucukan, tak mahu di suap, nak makan sendiri sedang umurnya belum pun setahun. Tapi mujur, dia diam seolah faham seluruh keluarga masih berselubung kesedihan, tidak merengek dan lincah seperti biasa. Tetapi, aku tidak khusyuk cuma mengaminkan doa yg dibaca pakcikku. Seketika kemudian selepas tahlil, aku membaca doa itu bersendirian. Aduh, doa itu sungguh menyentuh hati nuraniku. Ku forwardkan maksud doa itu kepada org2 yg aku sayangi, sekadar berkongsi betapa Allah itu Maha Pengasih.

Petikan maksud doa akhir tahun,
"Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami, padahal Engkau berkuasa menyiksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu"

Sungguh, aku harap aku lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas. Sungguh, aku harap aku kuat dan sabar.. Ameen...

Monday, December 7, 2009

1st day 1st sem

Hehe, i am not going to list my azam for this semester. I just hope aku tak membuang masa. Tu je.

Tuesday, October 27, 2009

FYP

memcached

libmemcached

hadoop

collectd

gearman

Scaling

Aku mimpi term2 ni mlm td, benar2 mimpi. Ya Allah. Plz send someone yg bleh trgkn dalam bahasa aku akan faham..

Thursday, September 17, 2009

End Ramadhan, Eid Mubarak

End Ramadhan.
Banyak perkara aku gembirakan dalam Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, aku kira Tuhan masih begitu baik padaku. Banyak nikmat masih dapat aku rasakan walau aku sedar sudah banyak kesilapan telah aku lakukan. Mungkin, kerana keikhlasan aku untuk memperbaiki diri, memperbetul segala kesilapan lalu demi hari esok yg lebih bermakna dan yg penting, lebih diberkati.

Dalam Ramadhan ini, aku belajar banyak perkara. Salah satu yg begitu terkesan di hati, term yg seringkali aku dengari sepanjang 27 hari aku berpuasa. Yakni, Ramadhan sebagai 'Madrasah tarbiyah' atau 'Madrasah Taqwa'. dan paling terbaru 'Universiti Ramadhan'. Ketiga-tiga membawa makna dan purpose yg sama yg mana, Ramadhan adalah tempat terbaik utk kita belajar, mengasah iman yg mungkin sudah begitu tumpul dan menyuluh hati yg mungkin sudah begitu gelap malap tidak bercahaya. Aku lebih tertarik pada term Madrasah Taqwa berikutan firman Allah SWT;

Selama 29 hari dalam Ramadhan tahun ini, Allah mengajar dan mentarbiyah kita erti sabar maka kita lebih bertaqwa. Akhir sahaja Ramadhan ini, evaluate lah kebelakang, 29 hari lalu yg telah kita tempuh, sepanjang berada dalam Madrasah Taqwa. Adakah kita sudah terbentuk menjadi insan bertaqwa, atau tidak?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
2:183 (Asad) O YOU who have attained to faith! fasting is ordained for you as it was ordained for those before you, so that you might remain conscious of God

Satu lg perkara yg aku terkesan, tentang sifat sombong. Ada hadith atau riwayat menyatakan jika ada sebersit pun rasa sombong sekalipun di dalam hati, takkan dpt masuk syurga. Logik, jika kita beribadat tak henti tapi, kita sombong dengan amalan kita sekalipun cuma didalam hati, kita merasakan kita sudah bagus, cukup bagus dibanding kawan sebilik kita yg habiskan malamnya dengan tidur-- manakan Allah mahu terima amalan kita sedang kita bangga dan merendah-rendahkan orang lain dengan amalan kita. Sungguh, aku terkesan. Risau ada terbersit rasa sombong dalam hati tanpa disedari. Malah mungkin pernah aku sombong kerana aku mahu sombong. Hm..

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sekali-kali kamu tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."(Al-Israk:17:37)

Satu lagi pelajaran tarbiyah Allah padaku yg sangat memberi semangat untukku, bahawa Allah tidak melihat di mana seseorang itu bermula, tetapi Allah melihat di mana seseorang itu berakhir. Pengakhiran yg baiklah yang kita kejar, lupakan saja dimana kita bermula dan apa saja yg telah kita tempuh jika ia mematahkan semangat kita mencipta sebuah pengakhiran yang sempurna. Bagiku dulu permulaan yg baik itu sangat penting, demi pengakhiran yg baik. Contohnya, dalam hubungan suami isteri, kejayaan perkahwinan itu sangat bergantung pada bagaiman hubungan itu dimulai. Jika dimulai dengan penipuan, pengkhianatan dan apa saja yg tak baik, hubungan itu pasti gagal. Tapi sesungguhnya aku SALAH. Allah memberi peluang-peluang kepada manusia dan terpulang kita utk menggunakannya. Peluang itu datang bila-bila saja yg kita tak tahu. Dan tanggungjawab kita, untuk berusaha mecipta pengakhiran yg diterima Allah SWT. Ini juga logik, melalui kisah yg biasa kita dengar tentang 2 beradik yg satunya hidup penuh maksiat dan yg satu lg hidup penuh dgn ibadat. Alkisahnya yg wara' itu dihasut syaitan lalu ingin mencuba melakukan maksiat bersama adiknya, aduh siapa tahu dia mati sejurus selepas berniat begitu. Manakala si adik yg gemar bermaksiat terbuka hatinya untuk mengikut beribadat bersama abangnya, auh juga mati sejurus berniat begitu. Pasti semua tahu siapa Allah pilih ke syurga Nya. Ya, Allah melihat di mana manusia berakhir.. Subhanallah~

Ramadhan kali ini, aku rasakan masa yg sangat tepat bagiku utk memulakan penghijrahan besar dalam hidupku. Jika sebelum ini, aku jarang bersyukur dengan apa yg ada di tangan, malah sentiasa merasakan perasaan 'i'm-not-belong-to-this-place-but-better' mungkin sudah banyak terhakis dr dalam diri dan hati aku. No other places better than what i had. Bagi yg selalu bercita-cita lari dari kehidupan dan menjadi seorang yang 'lain' sepertiku, cita-cita kita bakal terkabul. Madrasah Taqwa kali ini boleh menjadi a 'great escape' untuk kita start over, be who you want to be dan aku mahu menjadi lebih baik. Perasaan menjadi orang yg baru itu sangat memekar di hati dan aku sangat gembira punyai Ramadhan kali ini. Mungkin aku Muslim kerana dilahirkan Muslim, jadi tak mungkin aku bisa menjadi muallaf. Muallaf secara automatisnya menjadi seperti bayi yg suci dan tak berdosa- a chance to a man to start over. Tapi aku punya Ramadhan. Ramadhan bisa menyucikan aku, membuang dosa-dosaku dan aku lahir sebagai insan yg baru.

Azam aku, memulakan kembali kehidupan, sebagai manusia yg sesungguhnya lebih baik dan menjadi siapa yg aku mahu. Ya Allah, terima kasih atas nafas yg Kau beri sepanjang Ramadhan ini. Terima kasih atas tarbiyah dan peluang-peluang yg Kau beri padaku tak henti walau aku alpa dan lalai tenggelam dalam kesilapan kesilapan kesilapan...

Ya Allah kuatkan hati aku, bimbing aku dan ampuni dosaku. Amin.

Kepada yang membaca, moga ada iktibar dan kongsilah pelajaran-pelajaran yg kau peroleh moga semua dapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Selamat tinggal Ramadhan, semoga berjumpa lagi... Amin.

Hepi Eid Mubarak. Maaf Zahir Batin :)

Saturday, August 29, 2009

Kelakar betul aku ni

Aku baru je cube nk clean up laptop, nk susun2 folder, tibe aku jumpe pulak post yg sebetulnye aku nk post kt blog, tp tak terpost.. Of kos, content da expired, tp bile bace balik aku rase aku kelakar. Nah, bace la..
Bismillah.
Malam ini stay up. Tujuan, nk habeskan phrasebook buat kali ke2. Aku dah naek menyampah bace dont know what to do! hoping for the best la bla bla. Tenet got real slow sejak 2 menjak ni. Tak load lgsg blog aku. Hmm. Mungkin mase sume org tutop lampu td ade org terswitch off router skali kot. punye la semangat tak kene.. Hah rase cm nk paste gamba terminal tp karang cam case study pule. Sabau jela. (time go green soh tutop lampu pukol9 tu..)

Nway. Bgs gak tade tenet. Tambah pule ngn tade kredit. Kalo tambah ngn wang dlm dompet pn tade lg bes gaknye. Rase hidop yg sebenar. Agaknye la. Kalo kt rumah sume tu tade pn aku rilek saje. (poyo wek wek)

Huh. Harini n lately aku byk membace bahan bacaan. dr yg baek pade yg entah ape ape. Yg paling baek dah tentu AlQuran. Diikuti phrasebook. Aku da cube advance sikit. Bace buku 1000 command for SUSe. Ha ha. Kalo la tak exam, aku tak terklik pn folder2 yg dah lame bersemadi dlm lptp ini. Huhu. Aku bace juge blog2 org. Smpi malam mase aku buang begitu saje. Aku tutup sume bacaan sebaik saje aku bace 1 caption kt 1 blog tu tules: MAAF LA AKU DA BUANG MASE KAU BACE SUME NI. Angin betul ending nye. Huhu.

Dan satu bacaan paling tak baek adelah, haha. Gile. Aku tanak cerite. (Aku pn tak ingat ape bende)






Aku da merepek2. Baekla aku mule stdy memandangkn mate pn da mula layu. Ish3, aku ni... teruk betul.

(bebrape jam kemudian)
Da pukul 4setengah. Huh. Aku maseh bertahan. Study dlm gelap tanpe tido langsung. Tp bile aku type pekataan tido terus rase lesu. Hu HU. Aku rase buku ini merepek. Bertambah mengantukk
Yeah. Aku ade care. Study ttp lampu mlm ini sgt mencabar. Make aku teruskan misi ini dgn tidur bukak lampu pule. HU hU. Sejam from now aku bangun ek. SEE YOU. :D - 0442am
aku br bgn. 705am (HAHA. Sejam la sangat...)


OK la tu saje post kali ni. Aku harap kau faham yg aku seorg yg kelakar.

Thursday, July 23, 2009

I am selfish

Masuk dua minggu semester baru bermula. Hati aku makin lapang, kadang terasa tak pernah selapang ini. Satu tanggungjawab yang pernah aku galas sebagai bebanan, pernah juga aku galas dengan keikhlasan, sudah pun berakhir. Bukan bererti tiada tanggungjawab dan bebanan lain, tapi aku merasa seolah-olah ada ruang dalam otak yang selama ini sempit mula meluas. Sudah ketentuan Tuhan, sudah pun tersurat dalam episod hidup aku yang singkat ini yang mana pengakhiran bagi sebuah tanggungjawab itu begitu menyakitkan. Ya, aku terpaksa menyifatkannya sebagai 'sakit'.

Bila aku fikir-fikir kembali, mungkin sebagai kifarah bagi kesakitan-kesakitan yang telah aku beri kepada insan-insan lain yang tak bersalah dalam hidupku; kerana tanggungjawab yang aku pikul itu, atau lebih tepat lagi, adalah kerana aku. Tidak wajar kiranya aku menyalahkan tanggungjawab itu. Lihat saja insan lain yang berjaya, tetapi tidak pula mendapat perjalanan seperti ini. Sesungguhnya kesalahan itu letaknya pada diri ku seadanya. Kekhilafan dan kelemahan diri aku lah yang buat keadaan jadi begitu dan begini. Ampuni aku, Tuhan. Wahai alam, sampaikan kemaafan aku pada mereka, dia dan dia walau di mana mereka berada.

Perkara yang telah pun terjadi, aku ambil sebagai pengajaran dan buat aku lebih kenal sifat makhluk yang tak mungkin menyamai Khaliq, walau sedaya apapun seorang makhluk mencuba. Semakin aku fikirkan, semakin aku insaf dengan diri, semakin aku nampak kebesaran Pencipta- Khaliq. Berkali-kali aku berbisik pada hatiku untuk meyakini satu hal; yang paling penting adalah pandangan Allah padaku, bukan pandangan manusia yang tak bawa erti apa-apa.

Aku tak pernah minta dihargai, disanjungi atau diingati. Tak sekali aku merasa diri dalam kebenaran. Aku sedar aku banyak kekhilafan dan aku hanyalah manusia. Tapi aku juga tak pernah ingin dikhianati. Aku punya perasaan walau aku bertindak diam. Aku juga terluka walau aku tidak menangis. Luka aku mungkin lebih dalam dari engkau, engkau dan engkau yang menangis dan bersumpah seranah. Tuhan lebih Tahu, sesungguhnya aku hanya makhluk yang bersifat makhluk.

Konklusi aku satu, perkara lepas tak usah di panjang-panjangkan lagi. Tak perlu berperang dengan segenap hadith dan ayat Allah untuk menjatuh-jatuhkan orang lain, dengan entah apa konon alasannya. Cukuplah, biar Allah sahaja putuskan hukuman atau ganjaran bagi kita. Ingat, kita hanya makhluk.


"Kunci pada taubat yang berjaya tidaklah hanya berazam untuk meninggalkan dosa.. Tetapi memikirkan apa yang menyebabkan dosa itu dan mengambil langkah positif mengelakkan sebab-sebab dosa" (Shaykh Faraz Rabbani)

Friday, June 19, 2009

Tekanan!

Ape salah aku? Kenapa aku diperlakukan sebegini?

Haha. Memang lawak la. Sesak nafas aku nak gelak. Manusia mmg patut diam dr bercakap. Org tak tahu ape ape bile becakap mmg menyakitkan hati. Lagi, bile die becakap as if die la yg tahu semua walhal die tak tahu apa apa.

Aku belajar, manusia mmg bergadoh sbb duit. Sume nk claim hak masing masing. Mane kau tau itu hak kau? Padanla org bergadoh pasal harta pusaka, tanah sekangkang kera pn boleh nak putus saudara. Aku ni pulak, 50rm je. Sampai nk masam masam muka, nk hentam aku macam hape.

Kau tak tahu apa apa. Kau jgn cakap banyak. Sbb kau nampak @#$% bila kau bercakap.

Aku tak penah marah semarah ini. Dont call yourself friend sbb kau tak tahu pn kawan itu ape. Huh, time kasih atas sume sms dan bil talifon kau bercakap dengan aku. Dan siapkan bala tentera konco2 kau untuk menentang aku.

Lepas ni. Aku nk pergi jauh jauh. Aku dah penat berada di sini.

Wednesday, June 17, 2009

No end

Penat~

Nak balik rumah.

Nak balik rumah.

Nak balik rumah.

Wednesday, June 10, 2009

Here we go

It's June. Happy birthday to you. (sape yg lahir bulan ini sahaje lah)
Semoga umur mu dilimpahi barakah dan rahmat Allah SWT :-)

Jun tahun ini jugak, bulan yg agak perit bagiku. ade 2 subjek, so aku ade 2 final exam, 2 project, ade 1 lg kuiz, 2 asemen dan 2 presentation akan berlaku dlm Jun yg masih berbaki ini. Sebagai penambah sadisnye diriku, ade 2 lg program Mahallah yg aku kena setelkan (sbb 2-2 aku program Manager). Ke Terengganu 29 Jun dan 1 program bulan depan.

Wah. Banyak. Banyak. Memang banyak.

Menyesal aku tulis sbb ia nampak lebih banyak selepas ditulis.

Apepn, mungkin aku harus lupakan 1 fakta : Banyak. Sbb mindset sebegitu hanya buat aku menggelabah dan last2 1 habuk pn tak jadi. Baiklah aku buat sehabis mungkin sekadar termampu. Lagipun, Allah kan ada...

Ya Allah, permudahkan urusanku. dan mereka yg membace juga :-)


Oh 1 lagi, dalam Jun juga 1 link baru ke blog bukan rahsia diterbitkan. Buat mase ni belum ade post sbb sume aku hold dulu. huhu. Feel free to visit, but u r not free to comment. Ho ho ho. Blog tsebut ade perbezaan dgn yg ini, kerana ia agak fancy dan tidak berlatar belakangkan kegelapan. Lebih jujur dan skema. --> click here

Friday, May 29, 2009

Hey ya!

LEGA!!!

Tadi sgt lega bile mdm dgn slambe nye ckp "OK" bile aku mintak extend assignment PMIT. Terima kasih Tuhan bg aku nikmat yg byk (sdgkn aku pk extension itu mustahel ~)

Papepn aku masih bergadang utk menyetelkn term paper. Baru 3 page tp dah mengantok2. Tu la best nye aku, bile bz wat esemen, mesti dtg mud merepek kt blog. Yg hebatnye, sms malas pulak aku nk reply. Ha ha.

Mungkin aku bkn malas nk reply, tp aku malas berfikir. Otakku designed kurg capability multitask dan tak begitu dinamis. Jadi, sth yg melibatkn aku berfikir di tgh2 aku memerah otak tentang perihal lain, dgn slambe nye aku delay krn ditakuti (jika aku mengrespons) i tend to do mistake, krn kurg berfikir..

Tp percayelah. Aku tak fikir ape-ape selain asemen ku yg melaut...

Aku tak sabar tunggu hari rabu. Mungkin aku dapat tido 12 jam. Hanta baju yg koyak ke tailor. Makan aiskrim. Bace 1515. Sambung tido lagi. Wau, seronok!

Monday, May 18, 2009

WishList 10-12-2009

iPhone 3G


Beetle

Paris plane ticket

Sushi

haha. What is this?

Aku terlalu banyak mase nampaknye ~

Last but not least.. semestinye..


CUP CAKES

Friday, April 24, 2009

Training

Hari ini aku training J2EE 5th day. Maknenyer, ade 10hari lg to go.

Nextweek, pegi Ijok lagi. Aduh. Tak tahan betul aku dgn jalan yg besimpang siur bak ular dipalu.. Dah la 5 jam. Dgn fon xde line lgsg. Aku mmg bleh survive, cume rindu sikit la. :P I will be there 3 days, harap sume bejalan lancar n nice. Yg aku tak sabar, fikir air terjun 2nd highest seluruh Asia yg 10km dr lokasi program, Kolam udang galah.. n.. mihun sup yg agak sedap.

Ade jugak yg tak bes. Keje aku associated dgn org2 yg tak perlu.-- No komen.

Yeah. Org sblh aku dah ckp2 nk balik. So, xtau nk tules ape dah. End la~

Friday, April 17, 2009

Sesak di tempat yang kosong










































































































































Hm... 
Aku nk balik kampung. Jangan kacau aku.

Sunday, April 5, 2009

Menggelabah

Sile tonton jika ada masa untuk berfikir; Dua Jam
Huh. video yg benar-benar mencabar minda aku berfikir. Ya Tuhan, sungguh ilmu aku terlalu kurang untuk membuat pertimbangan. Benar kate ustaz, ilmu agame di dade tu ibarat antivirus. Digunekan untuk filter virus2 dan anasir buruk dlm diri dan hati. Tapi sudah nature nye antivirus, mesti lah di update selalu. Tak bleh la hanye bergantung pade ilmu semase PMRU dan SMU apetah lg SPRA. Hu Hu~ (terase2..) Antivirus aku skarang AVG je kot :b

O yeah. Skarang turn ko, budak menggelabah. Untung ko, walo aku bengang pn, aku tulis dlm blog pasal ko. Cet.

Paper CAAL. yeah. die merampas slip exam aku. Konon2 jumpe 1 penemuan terhebat la. Silap org la kn. Aku bukan jenis begitu. Plz. Aku x faham kenapa budak2 yg baru lepas sPm tu belagak dan besar kepale die lebih2 sgt. Baru sarung baju Pengawas Exam dah rase bagus ke? Pastu buat annoying. Nk minat2 plak kt org2 dlm dewan. Siap gosip2. Oi cik kak, kalo nk gosip ke nak minat ke nak hape plz stay away from me ok. Tak perlu kot nk borak2 sblh meja aku. Pastu usha aku mcm aku meniru. Nk rampas2 slip aku. Hello, takde adab ke? 

Seriously aku bengang. Kalo aku x dpt A, i will sue you. Heh

Tp ini mmg bukan pertame kalinye bdk2 sarung jaket ANR tu nk lebih2. Lagi2 kalo yg exam dlm hall mcm CAC. Aduh. Mengganggu konsentrasi je. Kecoh die, muke bajet so-cool die mengalahkan lecturer. 


Dah la titik. Aku malas nk membebel pasal org2 yg tak patut tu. Lebih baek aku tido ~

Saturday, April 4, 2009

lagi dan lagi

Baru lepas paper CAAL. 2nd subjek final sem ni. Ade 3 lg menanti. Yang bestnyer, ibu & adek kt singapore, ayah pegi langkawi. Sume enjoy2. Nati cuti, peruntukan travel da tade, aku kne duduk rumah, pegi kedai, duduk rumah. Wau, tidak memberangsangkan.

Ok. Tak kisahla.

1st, NSA aku rase blaja best, sbb 1. sir masuk approx 3 week after sem bemula. sbb 2. klasmate stranger, end sem sume da mcm keluarge. (we are sytem admin, we live together, sleep together, mandi together.. :P). sbb 3. grup pojek best. sbb 4. bla bla bla. Pendek kate best jugak la lagi2 lepas BBQ pepisahan smlm. Siap ade pledge "We are the best sytem admin in Malaysia" = jerit 4 kali. Ha ha. Mmg takleh blah. 

2nd, pagi tadi. Ini mmg takbleh komen kot. Takot ilang berkat, ilang markah aku. ngeh3. Ape pn soalan agak mudah, cume otak aku otak manusia. Kalo pakai otak machine, processor, memory, cache dah tentu aku betul semua. Bkn sume nota dan bait2 kate aku bleh absorb masuk dlm sel2 memory otaku. Lagi2 english. Kalo arab aku bleh terime... Malas nk membebel dah pasal ni. Setiap kali study pn aku membebel dah.

Okeh, next paper. SE. Yeah. Hafal lagi. Kali ni 26 chap. Aku dah muak.

Relevan ke? Mungkin aku patut tulis surat ke PM yg baru atau ke surat2 kabar, cerite tentang tak relevan nye care pemblajaran sebegini. Suasana yg hebat, equipment yg berfungsi dan menakjubkan, dan sume yg ade disini. Aku sgt kecewa sbb aku mule rase sume ini berupaya menghalang cita-citaku. 

Ye, aku dah penat. Baik aku tido dan layan kan aje. Yang penting, target aku x lari. 4 flat sem ni. (mcm dah jauh sikit sikit)

Sunday, March 29, 2009

Aku tak faham

Aku tak faham kenape aku asek sorg2 je kt bilik setiap hari. Kemane sume org?

Tuesday, March 17, 2009

Permission

Today. I am giving up my privacy. Kenape tah. Mungkin sbb aku batuk, n otak x dpt properly think. Hu hu.
Okeh. Mari tgk jadual final exam saye:

20/3 (Jumaat ni) - Recreation
30/3 - NSA
4/4 - CAAL
7/4 - SE
10/4 - It Sec
11/4 - Cyber Law

Menarik kn? Everybody who read, please pray for me (_''_)

Friday, February 27, 2009

Esok exam

1. What have you been doing recently?
Study dlm demam.

2. Do you ever turn your cellphone off?
selalu. bile nk larikan diri.

3. What happened at 10.am today?
Tak reti2 mount nfs.

4. When did you last cry?
dah lupe

5. Believe in fate/ destiny?
hmm. ofkos

6. What do you want in your life now?
Nk balik rumah

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
sbb demam, bawak la payung

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
tidos

9. What bottoms are you wearing now?
bottoms up. hahah

10. What’s the nicest thing in your inbox?
menu bar

11. Do you tend to make the relationship complicated?
kadang kale. because it just happen.

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
pakai payung membe sbb ujan

13. What was the last movie you caught?
Geng. Cop, benjamin button versi laju laju last night

14. What are you proud of?
my CGPA and amount duit dlm bank akaun

15. What does the oldest text message in your inbox say?
my msg, which i sent to my fren, she sent it back- sbb x puas hati

16. What was the last song you sang out loud?
dah lupe. otak lemah, byk bende x leh recall

17. Do you have any nicknames?
name saye tade nik

18. What does the newest text say?
keje. keje. keje.

19. What time did you go to bed last night?
12 lebih.

20. Are you currently happy?
yeah. tp exam spoil.

21. Who gives you the best advise?
ppl with the best knwledge

22. Do you eat whipped cream straight from the can?
tidak

23. Who did you talk on the phone last night?
beliau

24. Is something bugging you now?
exam nsa esok ler...

25. Who was the last person to make you laugh?
orang2 kt lab ini

Monday, February 2, 2009

Progress Ubuntu --

Tuto saye suruh tulis ini di blog.- Progress Ubuntu saye. (Die taktau, i really did write my progress. Because he doesnt knw i have one)

Hari ini. Saya berjaya mendelete logfile melalui terminal dan berseorangan di bilik (tanpa bantuan sesape). Yeyeh! :)
Saya tak berjaya delete file2 tersebut secara grafik nye. Wow, sy seorg yg membanggakan! :-b (kejayaan yg kecik tapi dibesar besarkan, padehal budak tadika pn tau..)

Sy mule suke menggunakan terminal. Itu progress setakat ini. End~

Ok, mule bab lain pule. Hariini, atau lebih tepat, jam 2 pagi nanti, genap sehari umur beliau. Beliau adelah baby tecit yg kami tunggu selame ini. My first nephew, my sister's first son, my parents's first cucu. I am so excited to see him. Cume dpt tgk through mms over my friend's phone (tak aci, die dpt tgk dlu). Anyway, i'm looking fwd to have my own,.. haha. Next beberape taun lg la..

My 1st nephew. A hero.
Semoga he will become a savior,
menjadi anak yg soleh,
lembut dan sabar seperti kakakku.
Ameen.




Anyway the baby will be given a name on his 7th day of birth. We have another 6 days. Ade cadangan? (Cadangan ditutup kot. hehe)



Saturday, January 17, 2009

Saturday, January 10, 2009

Chess Tournament

Now da pukul 1045. Aku tak cukup sorg player lagi! Esok mule pukul 9am. Dan players play as team, tak cukup 4 members, takde game!! Waa!!!

Ya Tuhan, bantu aku.

Friday, January 9, 2009

Fri Jan 9, 255am
Aku baru saje sampai bilik. Having a space for my own. Penat. Tapi aku dapat rasekan hikmahnya.
Hm. Walaupun aku rasekn time limit bukan saje buat aku takde ruang tuk diri aku. Tapi menambah 'gap' aku dgn kwn2.. Hm sory for that. Aku bahkan tak sempat to go tru a deep thinking abt it. Really sory (walaupn mungkin sume dah muak dgr sory2 dr aku. hahah)

Act. The reason aku merepek pagi2 bute ni, mmg mcm biase nye. Hati aku bimbang, aku sedih, aku takut dan segala rase tak sedap hati tu bersarang dan membukit dihati aku. Bleh dikatekan perasaan ni dah dtg few days ago. Aku lapaaar.. tapi tak sikit pn selera tu datang. Jantung aku berdebar2. Malam2 aku takbleh tido. Mmg, sume nye terjwb mlm ni. Hm utk aku citekan pade sesape, sgt sulit. Aku paling taknak org kesian padeku. Itula yg paling aku takmau. Mungkin ego aku terlalu tinggi, rase nk bajet cool all the time and all those bla bla things. But that's it. Aku bukan menarik simpati, perhatian dan bla bla ape sajelah. (this article pn mcm nk tarik attention n those bla bla things anyway). like i care

Ape pn, to readers, who read. Harap sume faham kondisi aku yg tenggelam dlm kesibukan dan aku bahagie di dalamnye. Bile aku rasekn hikmah dan kasih syg Tuhan padeku, tu dah cukup bahagia buatku. Aku mungkin terlalu pentingkan diri. Tp aku cube, buat yg terbaik demi persahabatan ini. Mungkin ni cume omongan kosong pade harini, tp beri aku peluang, mase dan ruang utk aku cube buktikan nye.. Mungkin bukan esok, luse, malah tahun depan, semoge aku sempat dalam seumur hidup ini.

Harap sume maafkan kepelikan aku, kebodohan perbuatan aku. Aku tak mampu rasional dlm sesetengah hal..

326am. Gud nyte~

Tuesday, January 6, 2009

Bahagia tapi Pelik

Technology makes me dumb


Bahagia for the World's Smallest Color Laser Printer.(belagak) Tapi pelik, user guide ade, tapi macam takde pn takpe.


Bahagia, Dell Inspiron 13 inch. Tapi pelik, 1 of usb port tak detect network broadband. Plus 40g memory yg masih unallocated.


Bahagia kelas 330pm.


Pelik, takde selera makan. Pelik, jantung berdebar-debar. Pelik, kenape org bersikap begitu.


1 Bahagia + 3 Pelik = Aneh


Aneh tapi benar = MEREPEK!