Hari ini makcikku, adik ayahku sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkn di kalangan org yg beruntung. Ameen.
Hari ini juga bermula 1 Muharram. Oleh kerana semua masih gather di rumah makcikku, kami membaca doa akhir & awal tahun berjemaah. Dek kerana Mustafa yg duduk di ribaanku, khusyuk memakan biskut 3 keping keseluruhannya dgn gaya yg sgt melucukan, tak mahu di suap, nak makan sendiri sedang umurnya belum pun setahun. Tapi mujur, dia diam seolah faham seluruh keluarga masih berselubung kesedihan, tidak merengek dan lincah seperti biasa. Tetapi, aku tidak khusyuk cuma mengaminkan doa yg dibaca pakcikku. Seketika kemudian selepas tahlil, aku membaca doa itu bersendirian. Aduh, doa itu sungguh menyentuh hati nuraniku. Ku forwardkan maksud doa itu kepada org2 yg aku sayangi, sekadar berkongsi betapa Allah itu Maha Pengasih.
Petikan maksud doa akhir tahun,
"Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami, padahal Engkau berkuasa menyiksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu"
Sungguh, aku harap aku lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas. Sungguh, aku harap aku kuat dan sabar.. Ameen...
1 comment:
Terima kasih sbb fwd doa.
Hope everything will be much more better.
Amin :)
Post a Comment