Friday, March 18, 2011

Kasut atau sepatu - Part II

OK aku post 2 kali ini malam. Aku cume nk cakap sikit benda yg aku realize sejak dua menjak ni, kali ni ada sikit kaitan dengan tajuk.

Aku selalu rasa kesal dengan sesetengah kejadian yg aku rasakan tak perlu berlaku iaitu umpat mengumpat, kutuk mengutuk dan maki memaki. Ya, aku membenarkan semua ini diperlakukan padaku tapi tak sekali aku menyukai perbuatan ini. Aku tau aku jugak ahli tetap, bayaran bulanan penuh, atau mungkin ahli VVIP persatuan tiga serangkai ini tapi tetap, aku nak cakap yang aku tak suka.

Ya, memang dia menjengkelkan, dia menyakitkan hati, dia bersalah, aku lah yg betul. Tapi, dengan mengumpat *belakang2*, mengutuk *depan2 atau belakang2* dan memaki *depan2 atau di FB*... Satu pn tidak menjadikan engkau lebih baik dari dia itu. Kau jugak menjengkelkan, menyakitkan hati, kau bersalah. Jadi, apa point anda sebenarnya.?

Kalau anda rasa dia tahik, kenapa nk jadi tahik jugak? Kate benci??

Aku tak tujukan kat sapa2 melainkan diri sendiri, sbb aku tgh benci seseorang dan selalu mengumpat dia. Haha... Jadi entry ini buat aku yg lupa bahawa aku ni tak ade baiknya pn dgn mengumpat si dia itu. Kesalahan si dia itu mungkin separas air dalam baldi, kesalahan aku mengumpat kesalahan dia tu mungkin adalah 2 baldi. Oh aku, tolong lah sabar lebih lagi ya..... =.=

Oh pasal kasut dan sepatu.

Aku nk cakap pasal kasut atau sepatu ya?

Erm, ini moral no 2. Tgk gambar ini:

Tsunami in Japan March 2011

*Diam kejap*

Hm. Kasut atau sepatu? Do you care? I know u dont. Just dont.

Mengumpat, mencaci, mengutuk, mengeji, menghina, mencarut, memaki?? Kau fikir lah baik-baik sebelum terlambat.

-end- *emo

2 comments:

ZaimZ said...

ok tak gelak. mintak maaf mengumpat. kutukutukutukutukutuk

Unknown said...

Hahaha maaf diterima. Demi boss :)