Saturday, July 16, 2011

Perihal kerja

Salam,

Lama sangat rasanya tak menulis. Tiba-tiba terjadi super busy woman. Huhu. Loads of thing happen recently sampai rasanya mcm tak sempat nk keep up dgn everything. Nak bernafas pun sesak rasanya.

Hari ini aku nk share kegembiraan aku tentang kerja aku.

Sejak aku mula berfikir-fikir tentang majoring aku dlm Comp Science ni, aku memang suka sangat dengan Networking. Dan aku selalu tgk movie tunjuk lab yg macam ini:

Atau macam ini:

Syukur sekali pada Allah, I have chance working in one Network Operation Center di Malaysia. Because of the stress level n hectic work dalam tu, langsung tak ingat that I never took picture of that place. Chance utk kerja kt sini mmg aku tak pernah terfikir pun aku akan dapat. Sungguh, terima kasih Allah...

Tapi kerja kat sana tak lama. After aku absorb what needed dalam NOC, aku dapat chance masuk project base kt US. Ngehehe. Just join last Friday, so next week will be fresh start. Alhamdulillah sekali lagi. :)

Anyway, I have to explain here. My life recently sangat-sangat busy. Masa kt NOC, ada kerja weekend, ada kerja till night. And picking up phone calls for private reason mmg tak cukup tangan, tak sempat and tak boleh pn sebenarnya. Bila balik, dah penat.. Terus tidur. I know banyak kawan-kawan terasa for my condition. Some of them called tp saya tak pernah pick up or reply call. Sampai tahap nk mesej back pn rasa takut, sbb mesti orang dah marah.

Tapi dgn kudrat aku yg tak berapa kuat ni, aku tiap hari kuatkan hati utk ikhlas bekerja, ikhlas menjalani hidup dan cabaran dalam kerja yg memang aku suka. Konflik utk ibadah, utk keluarga pn aku struggle utk do the best. So aku harap sangat, kawan-kawan sudi maafkan aku atas keterbatasan dan kelemahan diri aku ini. :(

Anyway, InsyaAllah I will write everything yg manis-manis here so in the future I wont forget that God bless me everytime, so aku tak pernah tinggalkan rasa syukur pada Allah. InsyaAllah amin..

Wednesday, May 18, 2011

Sistem pertarikhan dunia

Salam,

Sekadar perkongsian. Hari ini berapa haribulan hijrah? Tahun berapa? Emm.

Jadi mungkin anda sudah tau tentang sejarah pentarikhan dunia. Dari kecil aku amat menikmati sejarah. Buku sejarah ibarat buku cerita dongeng yang hebat, mungkin saje diilustrasi oleh pemikir tidak waras - itu fikirku. Aku sangat terbiasa dengan ayat-ayat sejarah yg berbentuk melankolik dan ibarat yang keterlaluan. Tapi itulah istimewanya buku sejarah. It's became an adventure for my imagination to go here and there, thinking logic and magic. Dalam pada imaginasi menerawang, selalu terabai, tarikh-tarikh yg tercatat dalam sejarah itu.

Just recently ada yg bertanya, tentang sistem pentarikhan dunia. Aku jadi terfikir, berapa usia dunia ini yg sebenarnya? Lalu aku pn Google seharian. Baca sejarah ketamadunan manusia dan islam, sistem pentarikhan dunia dsb. Dari pelbagai view.

Ini sedikit penemuan fakta. Just copy paste from here

1. Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM) atau Masihi.

BC/5M adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa. Uniknya konsep pentarikhan bagi BC/SM dibuat secara berturutan kebelakang selepas kelahiran Nabi Isa. Rujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. Garis masa 1 dibawah menunjukkan kemunculan Tamadun Hwang Ho adalah 1800 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, diikuti Tamadun Indus 2500SM dan Tamadun Mesir 3100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Tamadun Mesapotamia dianggap Tamadun pertama yang muncul di dunia adalah pada 3500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.



2. Anno Domini (AD) / The year of The Lord / Tahun Masihi (M).

AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Sistem pentarikhan masihi ini diguna pakai untuk sistem kalendar sekarang. Garis masa 1 menunjukkan tahun sekarang adalah 2007 Masihi. Sejarah penggunaan sistem kalendar masihi adalah daripada sumbangan ahli astronomi Mesir. Ahli kaji bintang Mesir telah membahagikan setahun kepada 12 bulan dan 365 hari. Setiap bulan mengandungi 30 hari dan menambahkan lima hari kepada bulan yang terakhir. Kalendar Mesir tersebut telah diubah suai oleh pemimpin Rom Julius Caesar. Sistem kalendar tersebut dinamakan Gregoria iaitu kalendar yang kita gunakan sekarang. Nama bulan Julai mengambil sempena nama Julius Caesar.



3. Hijrah

Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah pada 622 masihi. Garis masa 2 dan 3 di bawah menunjukkan permulaan kalendar Islam. Hijrah bermula pada 622M dan pada tahun 2007 sekarang bersamaan 1428 Hijrah. Kalendar Hijrah mengandungi 12 bulan dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah Muharam, Safar, Ramadil Awal, Ramadil Akhir, Jamadil Awal, Jamad'il Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Setiap bulan dalam kalendar mengandungi 29 atau 30 hari.


*read full from source for better picture view


Jujur, aku tidak begitu menitik beratkn soal tarikh dalam islam. Ulang tahun kelahiranku juga 10-December-1986 - Tahun Masihi, tidak aku tau tarikh islamnya berapa. Disambutlah pula setiap tahun pada tarikh masihi. Aku ingat 1 May hari pekerja, 16 Mei hari guru. 25 Dec hari krismas. 1 Jan tahun baru. Untuk tarikh islam, 12 RabiulAwal Tahun Gajah saja ke yg aku tau? Emm.

Apa pun jua, setelah detik itu aku berazam untuk menghargai detik dalam pentarikhan islam sebagai menghargai Islam yang ku cintai. Semoga dgn penggunaan ini lebih mengingatkan aku, Rejab sudah hampir, Syaaban dan Ramadhan bulan magis akan tiba tidak begitu lama lagi.

Hari ini 15 Jamadil Akhir 1432, dan hari lahirku 9 Rabiul Akhir 1407.

I will appreciate if you guys wish and pray for me on my new birth date :)
And please do comment with your birth date Hijri. Or if you want me to convert for you give me masihi OK? ♥

Ingatkan kalau aku lupa. :)

Thursday, April 14, 2011

Hi

ksdrtyuiopqetyuopDfgjkkurfgvbjgddh
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, March 24, 2011

Red velvet cake. Kek merah baldu. I am in love.

Hai semua,

Kalau ditanya which color I am, aku jawab kuning, sebab rumah pasukan aku dari darjah 1-6, rumah kuning, tak kire brp kali selection or cabutan. *even though kuning zaman aku tu bad luck.

Kalau ditanya which flavor I am aku jawab vanilla sbb aku suka the taste of vanilla ice-cream McD.

Kalau ditanya which cake I am. Aku jawab...

RED VELVET.


Oh kawan, kek ini super sedap. Dulu aku suka kek coklat, tapi satu hal, kek coklat paling sedap dimakan bila panas baru kuar oven.. Time tu kek coklat akan rasa sesangat sedap. Aku rasa ini faulty sbb bila sejuk masih sedap, tp sedap-sedap je la...

Tapi, lepas aku try buat RED VELVET, KEK MERAH BALDU. I am truly in love. Red velvet super soft, texture die sgt ringan dan lembut dan soft dan lembut.. Haha. Rasa dia macam kek vanila with rona-rona coklat. Dah la tu, unlike kek coklat, red velvet sangat-sangat sangat dan sangat sedap bila sejuk. In fact, makin sejuk makin sedap. Rasa ice-cream. Fuh. Time panas tu unquestionably la sedap kan, bak kate mak aku sume kek sedap time panas. Ohh red velvet mmg berbeza dari yg lain. ♥

Aku tak tau camne nk describe lagi. Kalau sesapa pernah makan red velvet tak sedap, tolong bg tau aku. Akan aku sebat pembuat kek tersebut krn memusnahkan cinta aku ~ Red velvet.

Aku simply pakai resepi red velvet joyofbaking, siap ada video kt link ni. Kalau korg dah tersihir dgn kelazatan red velvet ni, tolong lah cube buat. Dalam bulan ni saje dah 5 kali aku buat, and aku recommend kt sape-sape yg nk oder kek. 1 kali testing, makan sendiri 4 kali org tempah, alhamdulillah. *sambil spare untuk makan sendiri

Tp aku nk warn sikit, kos pembuatan agak mahal. Takperlu straight forward ikot resepi dalam joyofbaking, guna sense sikit, pakai bahan-bahan alternatif kalau perlu. Tp jgn terlalu alternatif sampai merosakkan kesedapan kek pls.


Resepi Kek Red Velvet

Bahan-bahan

250g tepung (tepung kek/soft flour/all-purpose/multipurpose flour/tepung gandum)

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

1 tsp baking powder / serbuk penaik (kalau dah pakai tepung kek yg dah campur serbuk penaik, tapayah bubuh baking powder lg ok)

2 tbsp serbuk koko

113g unsalted butter (room temperature please, sblm buat letak luar peti ais at least sejam, tutup aircond, jimat letrik)

300g gula kastor (aku pakai 270 je, depends gula kot, brand yg aku beli sgt la manisnye. moral: kenali gula anda)

2 biji telur saiz A

240ml buttermilk (ini mahal rasa mcm yogurt tp die lg light dr yogurt, alternatively, guna susu fresh 1 cup + perahan lemon 1 sudu- biar 10 minit)

2 tbsp perwarna merah (jgn guna sirap ye kawan-kawan unless u all nk buat kek sirap.. Hehe.. 2 tbsp ni depends, tgk pewarna brand apa korg pakai, then adjust je warna ikot suke mate)

1 tsp Cuka makanan

1 tsp Baking soda / soda bicarbonate


Cara-cara
Sblm start, preheat oven please. 10 minit 175c.

Actually ada 2 cara nk buat red velvet *stkt yg aku tau la*. Cara mudah ialah:
1) campur saje sumeeee bahan2 liquid dalam 1 bekas - putar lah ape lg
2) campur jgk bahan2 kering dalam bekas yg lain, pastu ayak/sift/tapis. Pastikan ayak ok, buang bendasing dr tepung dan ofkos buang udara-udara tak dikehendaki. pastikan kerja bersih. *eceh mcm mak2*
3) lps tu, masok bahan kering putar sikit demi sedikit ke dalam adunan basah.
4) last macam biasa la, bakar. 175c 25-30 mins, depends u alls pakai bekas apa and depends oven, kalau cuppies i suppose tak sampai 30 mins bakarnye.

Cara lagi satu yg aku dok pakai selalu ialah cara joyofbaking:
1) campur tepung, garam, baking powder dan serbuk koko - lepas tu ayak. Ayak jgn tak ayak, nanti mak membebel
2) dalam bekas yg lain, campur pewarna merah dan buttermilk
3) dalam bekas lain lagi, campur soda dgn cuka. masa campur ni, korg akan rasa korg ni mcm tgh buat kajian sains sbb die akan berbuih meletup-letup sikit. tp jgn risau ia tak mungkin meletupkan jari anda atau dapur anda. heheh *lawak aneh
4) dalam mixer, atau kalau dalam mangkuk (kalau pakai hand mixer), putar butter sampai fluffy, dalam 3 minit, butter jadi warna pudar sikit bukan kuning mcm baru beli. ala-ala krim warnanya.
5) masukkan gula. pukul, masukkan gula lg.. sikit-sikit sampai habis.
6) masukkan 1 telur. pukul. masukkan telur 1 lagi, pukul.
7) OK. dah agak-agak ok tu, masukkan campuran tepung td (step 1) sikit-sikit, berselang-seli dgn campuran buttermilk (step 2). Tak kisah nk masok byk mane tp aturkn supaya 1st tepung, last pn tepung. ada paham?
8) Lastly, masukkan campuran soda and cuka (step 3)

Adunan siap!

 mixture sblm bakar lebih kurang camni le. Kalo merah lg hot mcm joyofbaking lg best


9) Bakar. 175c 25-30 min jugak.

inilah kerja org tak sabar time panas terus kuarkan dr loyang *bebel

Kek siap, tunggu sejuk. Sapu frosting, cream chesse frosting works so well with red velvet. Nanti aku update resepi nya InsyaAllah.


Hasilnya tetap hot...... I love ♥ 





Peminat No 1. I like... :)


Till then, selamat mencuba kek yg paling aku cintai. ♥


Tak paham sila tanya :)

Psst.. Kalau malas buat, oder je dgn sy. Heheh *not spam

Friday, March 18, 2011

Kasut atau sepatu - Part II

OK aku post 2 kali ini malam. Aku cume nk cakap sikit benda yg aku realize sejak dua menjak ni, kali ni ada sikit kaitan dengan tajuk.

Aku selalu rasa kesal dengan sesetengah kejadian yg aku rasakan tak perlu berlaku iaitu umpat mengumpat, kutuk mengutuk dan maki memaki. Ya, aku membenarkan semua ini diperlakukan padaku tapi tak sekali aku menyukai perbuatan ini. Aku tau aku jugak ahli tetap, bayaran bulanan penuh, atau mungkin ahli VVIP persatuan tiga serangkai ini tapi tetap, aku nak cakap yang aku tak suka.

Ya, memang dia menjengkelkan, dia menyakitkan hati, dia bersalah, aku lah yg betul. Tapi, dengan mengumpat *belakang2*, mengutuk *depan2 atau belakang2* dan memaki *depan2 atau di FB*... Satu pn tidak menjadikan engkau lebih baik dari dia itu. Kau jugak menjengkelkan, menyakitkan hati, kau bersalah. Jadi, apa point anda sebenarnya.?

Kalau anda rasa dia tahik, kenapa nk jadi tahik jugak? Kate benci??

Aku tak tujukan kat sapa2 melainkan diri sendiri, sbb aku tgh benci seseorang dan selalu mengumpat dia. Haha... Jadi entry ini buat aku yg lupa bahawa aku ni tak ade baiknya pn dgn mengumpat si dia itu. Kesalahan si dia itu mungkin separas air dalam baldi, kesalahan aku mengumpat kesalahan dia tu mungkin adalah 2 baldi. Oh aku, tolong lah sabar lebih lagi ya..... =.=

Oh pasal kasut dan sepatu.

Aku nk cakap pasal kasut atau sepatu ya?

Erm, ini moral no 2. Tgk gambar ini:

Tsunami in Japan March 2011

*Diam kejap*

Hm. Kasut atau sepatu? Do you care? I know u dont. Just dont.

Mengumpat, mencaci, mengutuk, mengeji, menghina, mencarut, memaki?? Kau fikir lah baik-baik sebelum terlambat.

-end- *emo

Kasut atau sepatu

Salam all,

Aduh penat sungguh bekerja, baru aku terasa susah jugak nk kumpul duit. Tapi, ade org ckp bila keje kuat, badan boleh kurus kenape aku tidak? Hm. Mgkn org yg keje kuat yg dimaksudkn itu kerja dekat Gym atau dia seorg swimming instructor. Bukan kerja kat dapur macam aku T_T

Apepn ni hasil kerja kuat aku, yg membuat aku bertambah gebu segebu kek2 ini. Hahaha.

Macam biasa, gambar ini teaser saje dulu. Save the last for the best. Atau mgkn aku tak akan bg full vesion sampai bile2 pn. Haha. Aku dah gila.

OK. Enjoy some gambar first.

OK abaikan selekehan ini, buat makan sendiri.

Red velvet taste good. Not just good, it was like gooooooooooooooooooooooood :)

I love this one. Cuppies ordered by kawan opis for birthday celebration.

Ini kek tak tau nama, buat makan jugak. Adapt dr food network. Kakak aku demam food network.

Ini oder dr UIA.

Inila finishing which is total disaster. Oh karya aku paling aku kesali =.=

Betol ckp kawan aku, i should attend deco class some more. Kek sedap tp comot. Oh sadis lagi. Aku berazam nk pegi, tunggu lah kalau ada rezeki.

Oh, tajuk aku adalah sepatu atau kasut. Lupa aku lupa. Takpe la aku tak nak cakap pasal sepatu atau kasut. Biar korang belajar satu pendidikan moral.

Moralnya, everything wont turn out as u expected, it might be worse or better, u decide it :)

Sini dulu la catatan aku. Sapa nk rase kek aku boleh oder. Red velvet paling sedap, tu je aku nk cakap. Bye2 :D

Wednesday, March 16, 2011

Rasa nk blog la pulak

Hai semua!
Haha entah apa mimpi aku rasa nk blog lagi. Aku ade banyak gambar tp aku tak tahu nk simpan kat mana. Hard disk sudah rosak. Laptop pn rosak. Ini pinjam laptop mak yg tak ade space memory dah. Memory kad camera pn sudah full. Nak upload kt FB aku ni tak la gile glamer sgt. Jadi nk upload la sikit2 kt sni. Haha.
Mimpi aku memang bermimpi. Ape lagi sape2 yg dengki dgn aku, sila lah kutuk sepuas-puasnya. Tp kalau boleh kutuk je dalam hati kurang sikit dosanya ok.. Peace :)


OK ini satu gambar, teaser la dulu sebijik haha. Gambar nye 4gig full. Dah la besar saiznye. Bajet artis tol aku ni. Anyway ini gambar pada 7 Disember 2010. 3 hari in advance sudah ade celebration untuk besday aku yg ke 24, right after this aku naik flight ke luar negara buat pertama kalinya. Luar tak luar sgt la kan.

Jadi aku yg berusia 24 tahun beberapa bulan ni nk tido la pulak. Selagi ade mood, aku akan upload gambar dan merepek kt sni. Till then bye2.

p/s (personal statement): Bile aku bace balik entry ni, bahasa aku tunggang langgang, adekah cita-cita aku untuk menjadi penulis akan tercapai? Hahahaa amin :)