Wednesday, September 10, 2008

Dacing penimbang

Ternyata aku masih tertimbang-timbang akan perkara banyak. Banyak ragu membersit dihati. Keyakinan yang pernah ade, melayang entah ke mane. Mungkin dek kerana keyakinan tak bersandar, diletak merata tanpa penilaian dan pertimbangan hati, akal dan nurani. Kekesalan sesungguhnya tak mampu merubah apepun dan takkan membawa perubahan kalau terus menerus diratapi. 

Ibarat roti yang dibiar berkulat. Biarpun berkulat, masih memberi 1000 definisi penghayatan dlm kejadian alam. Aku mungkin bukanlah sekeping roti berkulat yang sangat beruntung, tp aku mahukan diriku seberuntungnya utk wujud di dunia. Aku mahu diriku ibarat kayu balak hutan yg tak lapuk dek hujan dan panas malah sentiasa bertahan tegal dengan segala takikan senjata. Sekalipun aku tumbang, aku masih berjasa pada kesungguhan manusia dan siapa jua walaupun mereka lah pemusnah dunia.

Hm. Mampukah aku.? Kesusahan berhidup hikmahnya berpanjangan dan kesenangan bukan lah hidup, malahan rencana yg tak mampu ditebak kesudahannya. Di saat aku berhenti dlm perjalanan ke destinasi tak pasti, aku semakin penat. Kadangkala ku terjatuh, cedera. Lemahnya diri ini di tengah kekeringan dan kemarau perjalanan. Aku tercari-cari sedikit air, lalu ku temui telaga. Aku perlu tongkat, menggagahi langkahku yg semakin tak berdaya. 

Mungkin aku terlalu menyalahkan keadaan, dlm mencari kesempurnaan yang tak pernah ada. Sehinggakan kecacatan di badan sendiri ku lupai. Kawan, bangkit kan aku dr karutan ini...

No comments: