Showing posts with label hope.... Show all posts
Showing posts with label hope.... Show all posts

Monday, February 1, 2010

Dear God...

Help me, Allah.
I want it badly.
Please Allah.
Make it happen.

If it's not going to happen.
Please Allah.
Ease my feeling.

Thursday, December 17, 2009

Doa

Hari ini makcikku, adik ayahku sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat beliau semoga ditempatkn di kalangan org yg beruntung. Ameen.

Hari ini juga bermula 1 Muharram. Oleh kerana semua masih gather di rumah makcikku, kami membaca doa akhir & awal tahun berjemaah. Dek kerana Mustafa yg duduk di ribaanku, khusyuk memakan biskut 3 keping keseluruhannya dgn gaya yg sgt melucukan, tak mahu di suap, nak makan sendiri sedang umurnya belum pun setahun. Tapi mujur, dia diam seolah faham seluruh keluarga masih berselubung kesedihan, tidak merengek dan lincah seperti biasa. Tetapi, aku tidak khusyuk cuma mengaminkan doa yg dibaca pakcikku. Seketika kemudian selepas tahlil, aku membaca doa itu bersendirian. Aduh, doa itu sungguh menyentuh hati nuraniku. Ku forwardkan maksud doa itu kepada org2 yg aku sayangi, sekadar berkongsi betapa Allah itu Maha Pengasih.

Petikan maksud doa akhir tahun,
"Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami, padahal Engkau berkuasa menyiksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu"

Sungguh, aku harap aku lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas. Sungguh, aku harap aku kuat dan sabar.. Ameen...

Tuesday, October 27, 2009

FYP

memcached

libmemcached

hadoop

collectd

gearman

Scaling

Aku mimpi term2 ni mlm td, benar2 mimpi. Ya Allah. Plz send someone yg bleh trgkn dalam bahasa aku akan faham..

Thursday, July 23, 2009

I am selfish

Masuk dua minggu semester baru bermula. Hati aku makin lapang, kadang terasa tak pernah selapang ini. Satu tanggungjawab yang pernah aku galas sebagai bebanan, pernah juga aku galas dengan keikhlasan, sudah pun berakhir. Bukan bererti tiada tanggungjawab dan bebanan lain, tapi aku merasa seolah-olah ada ruang dalam otak yang selama ini sempit mula meluas. Sudah ketentuan Tuhan, sudah pun tersurat dalam episod hidup aku yang singkat ini yang mana pengakhiran bagi sebuah tanggungjawab itu begitu menyakitkan. Ya, aku terpaksa menyifatkannya sebagai 'sakit'.

Bila aku fikir-fikir kembali, mungkin sebagai kifarah bagi kesakitan-kesakitan yang telah aku beri kepada insan-insan lain yang tak bersalah dalam hidupku; kerana tanggungjawab yang aku pikul itu, atau lebih tepat lagi, adalah kerana aku. Tidak wajar kiranya aku menyalahkan tanggungjawab itu. Lihat saja insan lain yang berjaya, tetapi tidak pula mendapat perjalanan seperti ini. Sesungguhnya kesalahan itu letaknya pada diri ku seadanya. Kekhilafan dan kelemahan diri aku lah yang buat keadaan jadi begitu dan begini. Ampuni aku, Tuhan. Wahai alam, sampaikan kemaafan aku pada mereka, dia dan dia walau di mana mereka berada.

Perkara yang telah pun terjadi, aku ambil sebagai pengajaran dan buat aku lebih kenal sifat makhluk yang tak mungkin menyamai Khaliq, walau sedaya apapun seorang makhluk mencuba. Semakin aku fikirkan, semakin aku insaf dengan diri, semakin aku nampak kebesaran Pencipta- Khaliq. Berkali-kali aku berbisik pada hatiku untuk meyakini satu hal; yang paling penting adalah pandangan Allah padaku, bukan pandangan manusia yang tak bawa erti apa-apa.

Aku tak pernah minta dihargai, disanjungi atau diingati. Tak sekali aku merasa diri dalam kebenaran. Aku sedar aku banyak kekhilafan dan aku hanyalah manusia. Tapi aku juga tak pernah ingin dikhianati. Aku punya perasaan walau aku bertindak diam. Aku juga terluka walau aku tidak menangis. Luka aku mungkin lebih dalam dari engkau, engkau dan engkau yang menangis dan bersumpah seranah. Tuhan lebih Tahu, sesungguhnya aku hanya makhluk yang bersifat makhluk.

Konklusi aku satu, perkara lepas tak usah di panjang-panjangkan lagi. Tak perlu berperang dengan segenap hadith dan ayat Allah untuk menjatuh-jatuhkan orang lain, dengan entah apa konon alasannya. Cukuplah, biar Allah sahaja putuskan hukuman atau ganjaran bagi kita. Ingat, kita hanya makhluk.


"Kunci pada taubat yang berjaya tidaklah hanya berazam untuk meninggalkan dosa.. Tetapi memikirkan apa yang menyebabkan dosa itu dan mengambil langkah positif mengelakkan sebab-sebab dosa" (Shaykh Faraz Rabbani)

Wednesday, December 17, 2008

runsing

dah 2 hari aku disini. baru ini aku ade ruang utk diri aku. tu pn tak sampai sejam lg, gerak kerja mule lg. hm. utk teruskan sume ni dalam jangke mase 6 bulan atau lebih, aku pn tak tau la aku mampu ke tak.
tapi ni bukan la punce runsing aku. walaupn cume 2 hari, macam2 dah jadik. bende2 yg aku takutkan jadik, sume berlaku dpn mate aku. ya Tuhan, selamatkan lah.
dalam jangke mase ni, aku da banyak berfikir. i'm reasoning all things. mungkin sikit sebanyak aku mula rase ade jalan keluar nye. sikit sebanyak semangat aku yg memudar dulu, kembali memekar dlm hati.
hm. smoge aku punye kekuatan yg banyak. Tuhan, tolong aku.

Tuesday, September 23, 2008

eid mubarak. end ramadhan.

dear readers. sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku...

Bersempena Ramadhan yg masih berbaki, aku ingin seikhlasnye memohon kemaafan atas khilaf diriku. Yang aku sedar, tapi aku sengaja membuatnya. Yang aku sedar tapi aku tak mampu mengawalnya. Juga pade yang aku tak sedar, malah aku tak kesah padenye. Pade yang aku tak sedar, dan aku tak mahu tau tentangnye.

Maaf pada saat kite bertentang mate, saat kita masih tak kenal sesame kite, sehingga saat kite berkenalan, saat kite menjadi kawan. Saat kite menjadi sahabat.. Maaf bagi segala kesalahan kata-kata, kesilapan menyindir, kesengajaan mengata.

Maaf bagi perbuatan aku yg jelek, mengguris hati sedang aku tau, dan aku buat-buat tak tau tentangnye. Juge bg segala hal di saat kite ketawa, di saat kite menangis, di saat aku memuji sedang hati aku tak pernah ikhlas padenye. Maaf atas kekerdilan jiwa aku yang membuat aku menjadi aku.

Maaf atas dosaku semalam, hari ini, dan hari esok bahkan mungkin selamanya.

Aku mungkin bukan lah kenalan, kawan, dan sahabat yg baik. Maka maafkan aku. kerana menjadi aku...

Tuesday, May 27, 2008

bala

I hate myself when i got many things to say but i end up not saying a thing.
Tuhan, tolong aku. Permudahkan bagi aku... dan dia.
Hope aku belum terlambat untuk memulakan semuanya...

Ya Allah... tolong aku.

Wednesday, April 23, 2008

ape kenenye aku ni...

Semua kata rindumu
semakin membuatku tak berdaya
Menahan rasa ingin jumpa...
Percayalah kataku aku pun rindu kamu
Ku akan pulang melepas semua kerinduan...
Cume ko pun pulang juge la. Demi aku. Walaupon aku x pakse... =b

nway, worrying u la....... let me knw the result eh. and no no no, dont lie......

Tuesday, April 22, 2008

Salahkah aku


Separuh nafas ku terbang bersama dirimu
Saat kau tinggalkanku, salahkanku

Salahkah aku bila aku bukanlah seperti aku yang dahulu

Ada makna tergali... dari sini
Dari pertikaian yang terjadi...

Kau hancurkan diriku bila kau tinggalkan aku...
Kau Dewiku...

Kembalilah padaku bawa separuh nafasku
Kau Dewiku...

thanks my dearest for giving me this pic... wish to say a lot more sorry to u.....

runsing

Orang kate "people change". i'm just wondering, to what extend could a people change. kalo yg baik bertukar jd jahat sikit-sikit.. pastu bertambah kejahatan. lame2 kejahatan dah sebati dlm jiwa. i could believe that. tp ade tak possibility utk org yang mmg sebati kejahatan dlm diri, dah mmg terdidik sejak azali utk jadi macam tu utk berubah. to be a better person. not to be perfect, tp memadai dgn acceptable. behave like others do. Aku selalu berfikir jalan. instead of marah dgn keadaan, blaming others or salahkan the things happen. tp aku tak tau. tak tau. tak tau ape jalan yang patut di ambil. I believe there is a way. There must be ways.

Kadang2 situasi dlm hidup ni jadi terlalu rumit. diluah mati emak, ditelan mati bapak. sumenye jAdik berbelit-belit. sampai 1 tahap kite rase da xde jalan penyelesaian lagi. cume mampu biarkan berlalu dan tinggalkan harapan. Dan mungkin aku hanya mampu berdoa semoga keadaan masih belum terlambat untuk diperbaiki dan semoga masih ade peluang bagi semua dari kami merasa bahagia.

Maybe mimpi yg distract aku slame ni mmg ade petanda sendiri yang aku sendiri tak sangka walopon aku cube deny those things. All things happen mcm lead to that dream yg aku takut kan sangat. Maybe i should think of ape tindakan aku if those things could ever really happen. Nauzubillah. [wish that was the worst thing ever, and no more other thing even worser].

Friday, April 18, 2008

R.E.S.U.L.T

On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear.
It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. Al-Baqara [2:286]

Kali ni nerve aku tak bape nk hebat sgt berbanding last sem [or maybe not yet]. aku xde rase ape pon walpon ade remaining 3days (or less) utk result kua. Still aku hrp point aku tak turun, and no subject yg kurang dr b+. sbb if ade 1 pon subjek aku dpt b / b- or lebih teruk dr tu maka runtuhlah segala-gala yang telah terbina dengan penat lelah, payah jerih aku selama ini. Nauzubillah.

ha.. got an idea. Kalo cgpa turun even 0.001, aku amek short sem. and if naik xkesah la bape, aku give up sotsem. [bahaye ni, kalo mmg Allah nk tetapkan aku amik sotsem, so pointer aku jatoh.. hmm is that so?] em... maybe okai. sbb aku x dpt agak lgsg cgpa aku nk naik atau turun. and if turun, i suppose to backup jugak dlm sotsem. this thing tak lead pade mane-mane decision pon [amik or tak]. so, go on with this plan. everybody, doakan cgpa aku naik!