Thursday, September 17, 2009

End Ramadhan, Eid Mubarak

End Ramadhan.
Banyak perkara aku gembirakan dalam Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, aku kira Tuhan masih begitu baik padaku. Banyak nikmat masih dapat aku rasakan walau aku sedar sudah banyak kesilapan telah aku lakukan. Mungkin, kerana keikhlasan aku untuk memperbaiki diri, memperbetul segala kesilapan lalu demi hari esok yg lebih bermakna dan yg penting, lebih diberkati.

Dalam Ramadhan ini, aku belajar banyak perkara. Salah satu yg begitu terkesan di hati, term yg seringkali aku dengari sepanjang 27 hari aku berpuasa. Yakni, Ramadhan sebagai 'Madrasah tarbiyah' atau 'Madrasah Taqwa'. dan paling terbaru 'Universiti Ramadhan'. Ketiga-tiga membawa makna dan purpose yg sama yg mana, Ramadhan adalah tempat terbaik utk kita belajar, mengasah iman yg mungkin sudah begitu tumpul dan menyuluh hati yg mungkin sudah begitu gelap malap tidak bercahaya. Aku lebih tertarik pada term Madrasah Taqwa berikutan firman Allah SWT;

Selama 29 hari dalam Ramadhan tahun ini, Allah mengajar dan mentarbiyah kita erti sabar maka kita lebih bertaqwa. Akhir sahaja Ramadhan ini, evaluate lah kebelakang, 29 hari lalu yg telah kita tempuh, sepanjang berada dalam Madrasah Taqwa. Adakah kita sudah terbentuk menjadi insan bertaqwa, atau tidak?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
2:183 (Asad) O YOU who have attained to faith! fasting is ordained for you as it was ordained for those before you, so that you might remain conscious of God

Satu lg perkara yg aku terkesan, tentang sifat sombong. Ada hadith atau riwayat menyatakan jika ada sebersit pun rasa sombong sekalipun di dalam hati, takkan dpt masuk syurga. Logik, jika kita beribadat tak henti tapi, kita sombong dengan amalan kita sekalipun cuma didalam hati, kita merasakan kita sudah bagus, cukup bagus dibanding kawan sebilik kita yg habiskan malamnya dengan tidur-- manakan Allah mahu terima amalan kita sedang kita bangga dan merendah-rendahkan orang lain dengan amalan kita. Sungguh, aku terkesan. Risau ada terbersit rasa sombong dalam hati tanpa disedari. Malah mungkin pernah aku sombong kerana aku mahu sombong. Hm..

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sekali-kali kamu tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."(Al-Israk:17:37)

Satu lagi pelajaran tarbiyah Allah padaku yg sangat memberi semangat untukku, bahawa Allah tidak melihat di mana seseorang itu bermula, tetapi Allah melihat di mana seseorang itu berakhir. Pengakhiran yg baiklah yang kita kejar, lupakan saja dimana kita bermula dan apa saja yg telah kita tempuh jika ia mematahkan semangat kita mencipta sebuah pengakhiran yang sempurna. Bagiku dulu permulaan yg baik itu sangat penting, demi pengakhiran yg baik. Contohnya, dalam hubungan suami isteri, kejayaan perkahwinan itu sangat bergantung pada bagaiman hubungan itu dimulai. Jika dimulai dengan penipuan, pengkhianatan dan apa saja yg tak baik, hubungan itu pasti gagal. Tapi sesungguhnya aku SALAH. Allah memberi peluang-peluang kepada manusia dan terpulang kita utk menggunakannya. Peluang itu datang bila-bila saja yg kita tak tahu. Dan tanggungjawab kita, untuk berusaha mecipta pengakhiran yg diterima Allah SWT. Ini juga logik, melalui kisah yg biasa kita dengar tentang 2 beradik yg satunya hidup penuh maksiat dan yg satu lg hidup penuh dgn ibadat. Alkisahnya yg wara' itu dihasut syaitan lalu ingin mencuba melakukan maksiat bersama adiknya, aduh siapa tahu dia mati sejurus selepas berniat begitu. Manakala si adik yg gemar bermaksiat terbuka hatinya untuk mengikut beribadat bersama abangnya, auh juga mati sejurus berniat begitu. Pasti semua tahu siapa Allah pilih ke syurga Nya. Ya, Allah melihat di mana manusia berakhir.. Subhanallah~

Ramadhan kali ini, aku rasakan masa yg sangat tepat bagiku utk memulakan penghijrahan besar dalam hidupku. Jika sebelum ini, aku jarang bersyukur dengan apa yg ada di tangan, malah sentiasa merasakan perasaan 'i'm-not-belong-to-this-place-but-better' mungkin sudah banyak terhakis dr dalam diri dan hati aku. No other places better than what i had. Bagi yg selalu bercita-cita lari dari kehidupan dan menjadi seorang yang 'lain' sepertiku, cita-cita kita bakal terkabul. Madrasah Taqwa kali ini boleh menjadi a 'great escape' untuk kita start over, be who you want to be dan aku mahu menjadi lebih baik. Perasaan menjadi orang yg baru itu sangat memekar di hati dan aku sangat gembira punyai Ramadhan kali ini. Mungkin aku Muslim kerana dilahirkan Muslim, jadi tak mungkin aku bisa menjadi muallaf. Muallaf secara automatisnya menjadi seperti bayi yg suci dan tak berdosa- a chance to a man to start over. Tapi aku punya Ramadhan. Ramadhan bisa menyucikan aku, membuang dosa-dosaku dan aku lahir sebagai insan yg baru.

Azam aku, memulakan kembali kehidupan, sebagai manusia yg sesungguhnya lebih baik dan menjadi siapa yg aku mahu. Ya Allah, terima kasih atas nafas yg Kau beri sepanjang Ramadhan ini. Terima kasih atas tarbiyah dan peluang-peluang yg Kau beri padaku tak henti walau aku alpa dan lalai tenggelam dalam kesilapan kesilapan kesilapan...

Ya Allah kuatkan hati aku, bimbing aku dan ampuni dosaku. Amin.

Kepada yang membaca, moga ada iktibar dan kongsilah pelajaran-pelajaran yg kau peroleh moga semua dapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Selamat tinggal Ramadhan, semoga berjumpa lagi... Amin.

Hepi Eid Mubarak. Maaf Zahir Batin :)