Thursday, March 24, 2011

Red velvet cake. Kek merah baldu. I am in love.

Hai semua,

Kalau ditanya which color I am, aku jawab kuning, sebab rumah pasukan aku dari darjah 1-6, rumah kuning, tak kire brp kali selection or cabutan. *even though kuning zaman aku tu bad luck.

Kalau ditanya which flavor I am aku jawab vanilla sbb aku suka the taste of vanilla ice-cream McD.

Kalau ditanya which cake I am. Aku jawab...

RED VELVET.


Oh kawan, kek ini super sedap. Dulu aku suka kek coklat, tapi satu hal, kek coklat paling sedap dimakan bila panas baru kuar oven.. Time tu kek coklat akan rasa sesangat sedap. Aku rasa ini faulty sbb bila sejuk masih sedap, tp sedap-sedap je la...

Tapi, lepas aku try buat RED VELVET, KEK MERAH BALDU. I am truly in love. Red velvet super soft, texture die sgt ringan dan lembut dan soft dan lembut.. Haha. Rasa dia macam kek vanila with rona-rona coklat. Dah la tu, unlike kek coklat, red velvet sangat-sangat sangat dan sangat sedap bila sejuk. In fact, makin sejuk makin sedap. Rasa ice-cream. Fuh. Time panas tu unquestionably la sedap kan, bak kate mak aku sume kek sedap time panas. Ohh red velvet mmg berbeza dari yg lain. ♥

Aku tak tau camne nk describe lagi. Kalau sesapa pernah makan red velvet tak sedap, tolong bg tau aku. Akan aku sebat pembuat kek tersebut krn memusnahkan cinta aku ~ Red velvet.

Aku simply pakai resepi red velvet joyofbaking, siap ada video kt link ni. Kalau korg dah tersihir dgn kelazatan red velvet ni, tolong lah cube buat. Dalam bulan ni saje dah 5 kali aku buat, and aku recommend kt sape-sape yg nk oder kek. 1 kali testing, makan sendiri 4 kali org tempah, alhamdulillah. *sambil spare untuk makan sendiri

Tp aku nk warn sikit, kos pembuatan agak mahal. Takperlu straight forward ikot resepi dalam joyofbaking, guna sense sikit, pakai bahan-bahan alternatif kalau perlu. Tp jgn terlalu alternatif sampai merosakkan kesedapan kek pls.


Resepi Kek Red Velvet

Bahan-bahan

250g tepung (tepung kek/soft flour/all-purpose/multipurpose flour/tepung gandum)

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

1 tsp baking powder / serbuk penaik (kalau dah pakai tepung kek yg dah campur serbuk penaik, tapayah bubuh baking powder lg ok)

2 tbsp serbuk koko

113g unsalted butter (room temperature please, sblm buat letak luar peti ais at least sejam, tutup aircond, jimat letrik)

300g gula kastor (aku pakai 270 je, depends gula kot, brand yg aku beli sgt la manisnye. moral: kenali gula anda)

2 biji telur saiz A

240ml buttermilk (ini mahal rasa mcm yogurt tp die lg light dr yogurt, alternatively, guna susu fresh 1 cup + perahan lemon 1 sudu- biar 10 minit)

2 tbsp perwarna merah (jgn guna sirap ye kawan-kawan unless u all nk buat kek sirap.. Hehe.. 2 tbsp ni depends, tgk pewarna brand apa korg pakai, then adjust je warna ikot suke mate)

1 tsp Cuka makanan

1 tsp Baking soda / soda bicarbonate


Cara-cara
Sblm start, preheat oven please. 10 minit 175c.

Actually ada 2 cara nk buat red velvet *stkt yg aku tau la*. Cara mudah ialah:
1) campur saje sumeeee bahan2 liquid dalam 1 bekas - putar lah ape lg
2) campur jgk bahan2 kering dalam bekas yg lain, pastu ayak/sift/tapis. Pastikan ayak ok, buang bendasing dr tepung dan ofkos buang udara-udara tak dikehendaki. pastikan kerja bersih. *eceh mcm mak2*
3) lps tu, masok bahan kering putar sikit demi sedikit ke dalam adunan basah.
4) last macam biasa la, bakar. 175c 25-30 mins, depends u alls pakai bekas apa and depends oven, kalau cuppies i suppose tak sampai 30 mins bakarnye.

Cara lagi satu yg aku dok pakai selalu ialah cara joyofbaking:
1) campur tepung, garam, baking powder dan serbuk koko - lepas tu ayak. Ayak jgn tak ayak, nanti mak membebel
2) dalam bekas yg lain, campur pewarna merah dan buttermilk
3) dalam bekas lain lagi, campur soda dgn cuka. masa campur ni, korg akan rasa korg ni mcm tgh buat kajian sains sbb die akan berbuih meletup-letup sikit. tp jgn risau ia tak mungkin meletupkan jari anda atau dapur anda. heheh *lawak aneh
4) dalam mixer, atau kalau dalam mangkuk (kalau pakai hand mixer), putar butter sampai fluffy, dalam 3 minit, butter jadi warna pudar sikit bukan kuning mcm baru beli. ala-ala krim warnanya.
5) masukkan gula. pukul, masukkan gula lg.. sikit-sikit sampai habis.
6) masukkan 1 telur. pukul. masukkan telur 1 lagi, pukul.
7) OK. dah agak-agak ok tu, masukkan campuran tepung td (step 1) sikit-sikit, berselang-seli dgn campuran buttermilk (step 2). Tak kisah nk masok byk mane tp aturkn supaya 1st tepung, last pn tepung. ada paham?
8) Lastly, masukkan campuran soda and cuka (step 3)

Adunan siap!

 mixture sblm bakar lebih kurang camni le. Kalo merah lg hot mcm joyofbaking lg best


9) Bakar. 175c 25-30 min jugak.

inilah kerja org tak sabar time panas terus kuarkan dr loyang *bebel

Kek siap, tunggu sejuk. Sapu frosting, cream chesse frosting works so well with red velvet. Nanti aku update resepi nya InsyaAllah.


Hasilnya tetap hot...... I love ♥ 





Peminat No 1. I like... :)


Till then, selamat mencuba kek yg paling aku cintai. ♥


Tak paham sila tanya :)

Psst.. Kalau malas buat, oder je dgn sy. Heheh *not spam

Friday, March 18, 2011

Kasut atau sepatu - Part II

OK aku post 2 kali ini malam. Aku cume nk cakap sikit benda yg aku realize sejak dua menjak ni, kali ni ada sikit kaitan dengan tajuk.

Aku selalu rasa kesal dengan sesetengah kejadian yg aku rasakan tak perlu berlaku iaitu umpat mengumpat, kutuk mengutuk dan maki memaki. Ya, aku membenarkan semua ini diperlakukan padaku tapi tak sekali aku menyukai perbuatan ini. Aku tau aku jugak ahli tetap, bayaran bulanan penuh, atau mungkin ahli VVIP persatuan tiga serangkai ini tapi tetap, aku nak cakap yang aku tak suka.

Ya, memang dia menjengkelkan, dia menyakitkan hati, dia bersalah, aku lah yg betul. Tapi, dengan mengumpat *belakang2*, mengutuk *depan2 atau belakang2* dan memaki *depan2 atau di FB*... Satu pn tidak menjadikan engkau lebih baik dari dia itu. Kau jugak menjengkelkan, menyakitkan hati, kau bersalah. Jadi, apa point anda sebenarnya.?

Kalau anda rasa dia tahik, kenapa nk jadi tahik jugak? Kate benci??

Aku tak tujukan kat sapa2 melainkan diri sendiri, sbb aku tgh benci seseorang dan selalu mengumpat dia. Haha... Jadi entry ini buat aku yg lupa bahawa aku ni tak ade baiknya pn dgn mengumpat si dia itu. Kesalahan si dia itu mungkin separas air dalam baldi, kesalahan aku mengumpat kesalahan dia tu mungkin adalah 2 baldi. Oh aku, tolong lah sabar lebih lagi ya..... =.=

Oh pasal kasut dan sepatu.

Aku nk cakap pasal kasut atau sepatu ya?

Erm, ini moral no 2. Tgk gambar ini:

Tsunami in Japan March 2011

*Diam kejap*

Hm. Kasut atau sepatu? Do you care? I know u dont. Just dont.

Mengumpat, mencaci, mengutuk, mengeji, menghina, mencarut, memaki?? Kau fikir lah baik-baik sebelum terlambat.

-end- *emo