Wednesday, May 18, 2011

Sistem pertarikhan dunia

Salam,

Sekadar perkongsian. Hari ini berapa haribulan hijrah? Tahun berapa? Emm.

Jadi mungkin anda sudah tau tentang sejarah pentarikhan dunia. Dari kecil aku amat menikmati sejarah. Buku sejarah ibarat buku cerita dongeng yang hebat, mungkin saje diilustrasi oleh pemikir tidak waras - itu fikirku. Aku sangat terbiasa dengan ayat-ayat sejarah yg berbentuk melankolik dan ibarat yang keterlaluan. Tapi itulah istimewanya buku sejarah. It's became an adventure for my imagination to go here and there, thinking logic and magic. Dalam pada imaginasi menerawang, selalu terabai, tarikh-tarikh yg tercatat dalam sejarah itu.

Just recently ada yg bertanya, tentang sistem pentarikhan dunia. Aku jadi terfikir, berapa usia dunia ini yg sebenarnya? Lalu aku pn Google seharian. Baca sejarah ketamadunan manusia dan islam, sistem pentarikhan dunia dsb. Dari pelbagai view.

Ini sedikit penemuan fakta. Just copy paste from here

1. Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM) atau Masihi.

BC/5M adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa. Uniknya konsep pentarikhan bagi BC/SM dibuat secara berturutan kebelakang selepas kelahiran Nabi Isa. Rujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. Garis masa 1 dibawah menunjukkan kemunculan Tamadun Hwang Ho adalah 1800 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, diikuti Tamadun Indus 2500SM dan Tamadun Mesir 3100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Tamadun Mesapotamia dianggap Tamadun pertama yang muncul di dunia adalah pada 3500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.



2. Anno Domini (AD) / The year of The Lord / Tahun Masihi (M).

AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Sistem pentarikhan masihi ini diguna pakai untuk sistem kalendar sekarang. Garis masa 1 menunjukkan tahun sekarang adalah 2007 Masihi. Sejarah penggunaan sistem kalendar masihi adalah daripada sumbangan ahli astronomi Mesir. Ahli kaji bintang Mesir telah membahagikan setahun kepada 12 bulan dan 365 hari. Setiap bulan mengandungi 30 hari dan menambahkan lima hari kepada bulan yang terakhir. Kalendar Mesir tersebut telah diubah suai oleh pemimpin Rom Julius Caesar. Sistem kalendar tersebut dinamakan Gregoria iaitu kalendar yang kita gunakan sekarang. Nama bulan Julai mengambil sempena nama Julius Caesar.



3. Hijrah

Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah pada 622 masihi. Garis masa 2 dan 3 di bawah menunjukkan permulaan kalendar Islam. Hijrah bermula pada 622M dan pada tahun 2007 sekarang bersamaan 1428 Hijrah. Kalendar Hijrah mengandungi 12 bulan dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah Muharam, Safar, Ramadil Awal, Ramadil Akhir, Jamadil Awal, Jamad'il Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Setiap bulan dalam kalendar mengandungi 29 atau 30 hari.


*read full from source for better picture view


Jujur, aku tidak begitu menitik beratkn soal tarikh dalam islam. Ulang tahun kelahiranku juga 10-December-1986 - Tahun Masihi, tidak aku tau tarikh islamnya berapa. Disambutlah pula setiap tahun pada tarikh masihi. Aku ingat 1 May hari pekerja, 16 Mei hari guru. 25 Dec hari krismas. 1 Jan tahun baru. Untuk tarikh islam, 12 RabiulAwal Tahun Gajah saja ke yg aku tau? Emm.

Apa pun jua, setelah detik itu aku berazam untuk menghargai detik dalam pentarikhan islam sebagai menghargai Islam yang ku cintai. Semoga dgn penggunaan ini lebih mengingatkan aku, Rejab sudah hampir, Syaaban dan Ramadhan bulan magis akan tiba tidak begitu lama lagi.

Hari ini 15 Jamadil Akhir 1432, dan hari lahirku 9 Rabiul Akhir 1407.

I will appreciate if you guys wish and pray for me on my new birth date :)
And please do comment with your birth date Hijri. Or if you want me to convert for you give me masihi OK? ♥

Ingatkan kalau aku lupa. :)